GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 15
Amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan guru prasekolah
Farah Izyan Raman, Kamariah Abu Bakar
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Correspondence: Farah Izyan Raman (email: [email protected])
Received: 28 February 2019; Accepted: 15 March 2019; Published: 14 May 2019
Abstrak
Pendidikan alam sekitar bukanlah sekadar ilmu pengetahuan yang perlu disampaikan, tetapi
dijadikan sebagai suatu gaya hidup yang lengkap. Walaupun terdapat tindakan undang-undang
serta inovasi teknologi untuk menyelesaikan masalah berkaitan alam sekitar, namun masih
kurang memberikan kesan memandangkan masalah yang timbul ini berakar umbi daripada sikap
dan tingkah laku manusia. Kajian kes ini bertujuan meninjau tahap amalan kelestarian alam
sekitar guru prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di daerah Kanowit, Sarawak. Dua
objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap amalan kelestarian alam sekitar guru
prasekolah, serta membuat perbandingan terhadap amalan kelestarian alam sekitar guru
prasekolah semasa di rumah dan di tempat kerja. Responden kajian melibatkan semua guru
prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di daerah Kanowit, Sarawak seramai 40 orang
guru prasekolah. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis berdasarkan
peratusan kekerapan amalan kelestarian bagi lima kategori amalan kelestarian alam sekitar iaitu
amalan 3R (reduce, reuse, recycle), amalan penggunaan produk mesra alam, amalan penggunaan
tenaga, amalan penjimatan air dan amalan kemudahan pengangkutan. Hasil kajian mendapati
kekerapan amalan kelestarian alam sekitar guru prasekolah rendah belum mencapai tahap
memuaskan. Selain itu, perbandingan antara amalan kelestarian alam sekitar guru semasa di
rumah dan di sekolah didapati mempunyai perbezaan peratusan yang kecil. Oleh itu, usaha
melestarikan alam sekitar melalui pendidikan memerlukan lebih penekanan kepada amalan yang
konsisten dan berterusan. Usaha yang bermula seawal peringkat prasekolah merupakan salah
satu pelaburan terbaik yang mampu membentuk sebuah masyarakat lestari pada masa hadapan.
Kata kunci: alam sekitar, amalan kelestarian alam sekitar, guru prasekolah, pendidikan alam
sekitar, pendidikan awal kanak-kanak, prasekolah
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 16
Environmental sustainability practices among preschool teachers
Abstract
Environmental education is not just a science that needs to be taught but is a complete lifestyle.
Although there have been prosecutions and technological innovations to solve the environmental
problems, but the results are less effective as the problems is rooted in human attitude and
behavior. This case study aimed at assessing the environmental sustainability practices among
the preschool teachers of the Ministry of Education in Kanowit district, Sarawak. The two main
objectives of the study were to identify the level of environmental sustainability practices of
preschool teachers and also to compare the environmental sustainability practices of preschool
teachers at home and at work. The research respondents involved all preschool teachers of the
Ministry of Education in Kanowit, which were 40 preschool teachers. The data were collected
using a questionnaire and analyzed based on the percentage of frequency the sustainability
practices for the 5 categories of environmental sustainability practices namely 3R (reduce, reuse,
recycle) practices, environmental friendly products practices, energy consumption practices,
water saving practices and transportation facilities practices. The finding showed that the
frequency of environmental sustainability practices of preschool teachers is low and at the
unsatisfactory level. In addition, there were only slight percentage differences between the
environmental sustainability practices of preschool teachers at home and at school. Therefore,
the preservation of the environment through education requires more emphasis on consistent and
continuous practice. Efforts that start as early as preschool are one of the best investments that
can shape a sustainable society in the future.
Keywords: environment, environmental sustainability practice, preschool teachers,
environmental education, early childhood education, preschool
Pengenalan
Salah satu objektif utama dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017
ialah untuk melahirkan murid yang menyayangi dan menghargai alam sekitar. (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2016). Kesedaran tentang pembangunan kelestarian memerlukan
pendidikan bercorak transformatif agar mampu membangunkan pemahaman ahli masyarakat
tentang isu-isu kelestarian dan mengubah sikap dan tingkah laku terhadap alam sekitar,
masyarakat dan ekonomi (Kalsoom & Khanam, 2017). Sekiranya golongan guru tidak cukup
bersedia untuk mengajar generasi muda tentang kelestarian alam sekitar, timbul halangan bagi
generasi seterusnya untuk menyelesaikan masalah tersebut, manakala golongan guru yang
bersedia untuk mengajar tentang alam sekitar pula dapat memberikan impak mendalam ke atas
diri murid-murid (Ashmann & Franzen, 2017). Oleh itu, guru harus mempertimbangkan
penggunaan bahan dan sumber manusia sedia ada untuk menyampaikan pendidikan berkaitan
alam sekitar. Ashmann dan Franzen (2017) turut mengemukakan cadangan bernas kepada guru-
guru iaitu dengan mengamalkan prinsip “Start small, do it well”.
Guru yang mengamalkan cara hidup yang menitikberatkan kesedaran kelestarian alam
sekitar menggambarkan pandangannya tentang kepentingan kelestarian alam sekitar dan
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 17
diterjemahkan melalui amalan. Hal ini mempengaruhi pendidikan kanak-kanak kerana amalan
guru mampu membiasakan kanak-kanak dengan konsep kesinambungan dan membangunkan
kesedaran kelestarian alam sekitar dalam diri mereka (Major et al., 2017). Kesedaran ini dapat
menyumbang kepada pemahaman dan memudahkan kesinambungan, bukan sahaja pada
peringkat individu, malah pada semua skala. Hal ini seharusnya menjadi konsep teras dalam
kandungan pembelajaran, praktik, dan pengajaran yang berterusan (Wamsler et al., 2018).
Memandangkan guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk perubahan yang
diperlukan untuk mencapai pembangunan mampan (UNESCO, 2010), program pendidikan guru
memerlukan penambaikan bagi menghasilkan guru yang bertanggungjawab ke atas masa depan
yang lestari.
Kesedaran dan sikap guru terhadap alam sekitar menjadi salah satu perkara yang
mempengaruhi kemampuan guru dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar (Yusof et al.,
2013). Sikap positif guru ke atas penjagaan alam sekitar berkait rapat dengan tingkah laku positif
ke atas penjagaan alam sekitar seterusnya diterapkan dalam proses pembelajaran murid melalui
tingkah laku dan bahasa lisan secara eksplisit mahupun implisit. Murid-murid bukan sahaja
belajar melalui proses pembelajaran formal yang dirancang oleh guru, malah berdasarkan
pemerhatian yang dibuat murid turut membina pengetahuan dan tingkah laku. Artikel ini
meninjau tahap amalan kelestarian alam sekitar guru prasekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia di daerah Kanowit, Sarawak dengan mengenal pasti tahap amalan kelestarian alam
sekitar guru prasekolah, serta membuat perbandingan amalan kelestarian alam sekitar guru
prasekolah semasa di rumah dan di tempat kerja.
Kajian literatur
Perubahan yang berlaku terhadap alam semula jadi semakin membimbangkan. Isu pemanasan
global, peningkatan aras air laut serta masalah sisa plastik telah memberi kesan kepada semua
hidupan termasuklah manusia. Keadaan ini mendesak agar usaha secara kolektif dan individu
dipertingkatkan untuk mengekalkan dan memulihkan ekosistem (Aarnio-Linnanvuori, 2019).
Walaupun terdapat tindakan undang-undang diambil atau inovasi teknologi dicipta untuk
menyelesaikan masalah ini, namun kurang memberikan kesan memandangkan masalah yang
timbul ini berakar umbi dari sikap dan tingkah laku manusia. Perubahan dalam sikap dan tingkah
laku hanya boleh berlaku melalui pendidikan (Yalcin et al., 2016). Pendidikan alam sekitar
bukanlah sekadar kandungan ilmu, malah merupakan gaya hidup yang perlu diamalkan.
Program kesedaran alam sekitar kebanyakannya berfokus kepada kesedaran pembangunan
ekonomi, penjagaan alam sekitar, dan aspek sosial bagi memastikan persekitaran yang lebih
mampan (Mahat et al., 2014). Menurut Mukaddes dan Agnello (2009), pendidikan lestari
memberi peluang kepada murid untuk menintegrasikan pertimbangan terhadap persekitaran
dalam mengambil sebarang keputusan secara lebih berhemah. Oleh sebab pendidikan alam
sekitar di Malaysia dijalankan secara merentas kurikulum, guru perlu bijak dalam
mengintegrasikan isi kandungan pelajaran dengan pendidikan berkaitan alam sekitar (Rahman et
al., 2018). Zaman kanak-kanak merupakan peringkat yang penting untuk menyediakan
pengalaman positif berkaitan alam sekitar, berinteraksi dengan makhluk hidup dan menyemai
rasa penghargaan terhadap keindahan alam (NAAEE, 2010).
Nilai-nilai positif dalam diri murid hanya mampu disemai, dihidupkan dan dipelihara oleh
guru yang berdedikasi tinggi (Maheshwari, 2005). Sebagai agen pelaksana, kejayaan penerapan
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 18
pendidikan alam sekitar dalam proses pembelajaran murid bergantung kepada efikasi dan
kesungguhan guru kerana proses pembelajaran murid amat dipengaruhi oleh sikap dan kelakuan
guru (Yusof et al., 2013). Kunci kepada kejayaan pelaksanaan pendidikan alam sekitar ialah diri
guru itu sendiri (Ahmad et al., 2007). Untuk menghasilkan guru yang berpengetahuan luas, maka
usaha perlu dilakukan dengan melaksanakan kajian dan mengambil tindakan susulan bagi
meningkatkan kualiti amalan pendidik terlebih dahulu sebelum menjadikan murid sebagai
kumpulan sasaran.
Sekiranya guru tidak peka terhadap kepentingan peranan aktif mereka sebagai agen alam
sekitar kepada murid, sukar untuk guru menyokong usaha-usaha kelestarian alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar telah dikritik kerana tidak menggalakkan perubahan tingkah laku positif
individu (Buchanan et al., 2019). Bandura yakin bahawa murid tidak hanya belajar melalui
pengalaman tetapi juga melalui pengamatan terutamanya proses identifikasi murid terhadap ibu-
bapa, guru dan orang di persekitaran. Pembelajaran sosial iaitu satu proses peralihan dan
transformatif dapat membantu mewujudkan perubahan sistematik diperlukan untuk mengatasi
cabaran usaha-usaha kelestarian (Borg et al., 2017).
Metod dan kawasan kajian
Kajian ini merupakan sebuah kajian kes yang menjurus kepada kajian yang berbentuk
eksploratori untuk melihat keupayaan kajian amalan kelestarian alam sekitar guru prasekolah
yang seterusnya sesuai dilakukan atau tidak. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengumpul data ke
atas sebilangan kecil guru prasekolah di negeri Sarawak sebelum kajian dibuat pada skala yang
lebih besar.
Daerah Kanowit yang dipilih sebagai kawasan kajian merupakan salah satu daerah kecil
yang terletak di negeri Sarawak. Taburan penduduk di daerah ini kebanyakannya menetap di
kawasan pekan kecil, luar bandar dan pedalaman. Sampel yang dipilih ialah semua guru
prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di daerah Kanowit iaitu seramai 40 orang guru
prasekolah.
Data kajian dikumpul menggunakan borang soal selidik berbentuk skala likert lima mata
(sangat tidak kerap, tidak kerap, sederhana, kerap dan sangat kerap). Memandangkan majoriti
responden kajian ini bertugas di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman, data dikutip
secara manual bagi mengelakkan masalah kesukaran capaian internet. Analisis data untuk kajian
ini diterjemahkan kepada bentuk peratusan dan nilai min. Peratusan kekerapan dan nilai min
yang tinggi menunjukkan tahap amalan kelestarian yang tinggi. Perbandingan kekerapan amalan
kelestarian amalan sekitar guru dibuat berdasarkan perbezaan peratusan antara amalan
kelestarian guru di rumah dan juga di sekolah.
Hasil kajian dan perbincangan
Bagi menjawab persoalan pertama kajian iaitu sejauh manakah amalan kelestarian alam sekitar
dipraktikkan oleh guru prasekolah dihuraikan melalui peratusan kekerapan berserta analisis
deskriptif berpandukan jadual. Seterusnya, bagi menjawab persoalan kedua kajian tentang
perbezaan amalan kelestarian alam sekitar guru prasekolah semasa di rumah dan di tempat kerja,
analisis data dihuraikan berpandukan jadual serta graf yang melibatkan purata peratusan
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 19
kekerapan amalan kelestarian guru prasekolah mengikut setiap kategori amalan kelestarian alam
sekitar.
Responden kajian
Profil responden yang telah dirumuskan dalam Jadual 1 menunjukkan taburan maklumat
demografi guru prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di daerah Kanowit. Sejumlah 10
orang responden (25.0%) merupakan guru lelaki dan 30 orang responden (75.0%) terdiri
daripada guru perempuan. Majoriti responden berumur antara 20 tahun hingga 29 tahun dengan
bilangan 17 orang (42.5%), diikuti oleh responden yang berada dalam lingkungan umur antara
30 tahun hingga 39 tahun seramai 16 orang (40.0%). Selebihnya, responden yang berumur dalam
lingkungan antara 40 tahun hingga 49 tahun seramai enam orang (15.0%) dan cuma seorang
responden berada dalam lingkungan umur antara 50 tahun hingga 59 tahun.
Bagi aspek kaum responden kajian, kaum Iban merupakan kumpulan majoriti seramai 15
orang responden (37.5%), diikuti oleh kaum Melayu seramai 11 orang responden (27.5%) dan
kaum Cina seramai sembilam orang responden (22.5%). Selebihnya, responden kajian terdiri
daripada kaum Melanau seramai tiga orang (7.5%) dan kaum Bidayuh dan kaum Kayan masing-
masing diwakili oleh seorang responden.
Jadual 1. Demografi responden
Perkara Kekerapan (n=40) Peratusan (%)
Jantina
Lelaki
Perempuan
10
30
25.0
75.0
Umur
20-29
30-39
40-49
50-59
17
16
6
1
42.5
40.0
15.0
2.5
Kaum
Melayu
Cina
India
Iban
Melanau
Bidayuh
Kayan
11
9
0
15
3
1
1
27.5
22.5
-
37.5
7.5
2.5
2.5
Gred jawatan
DG44
DG42
DG41
DG32
6
5
27
2
15.0
12.5
67.5
5.0
Lokasi prasekolah
Bandar
Luar bandar
Pedalaman
3
27
10
7.5
67.5
25.0
Pengalaman mengajar
1 tahun hingga 5 tahun
6 tahun hingga 10 tahun
11 tahun hingga 15 tahun
16 tahun hingga 20 tahun
22
11
6
1
55.0
27.5
15.0
2.5
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 20
Berdasarkan Jadual 1, seramai 27 orang responden (67.5%) merupakan guru dengan gred
jawatan DG41, enam orang responden (15.0%) merupakan guru dengan gred jawatan DG44
diikuti oleh guru dengan gred jawatan DG42 iaitu seramai 5 orang responden (12.5%). Hanya
dua orang responden merupakan guru dengan gred jawatan DG32. Kebanyakan guru di daerah
Kanowit mengajar di sekolah yang terletak di luar bandar dengan bilangan 27 orang responden
(75.0%), selebihnya mengajar di kawasan pedalaman dengan bilangan responden seramai 10
orang (25.0%) dan kawasan bandar dengan bilangan responden seramai 3 orang (7.5%).
Sebahagian besar responden mempunyai pengalaman mengajar antara 1 tahun hingga 5
tahun dengan jumlah seramai 22 orang (55.0%). Seterusnya 11 orang responden (27.5%) telah
mengajar selama 6 tahun hingga 10 tahun, diikuti oleh enam orang responden yang telah
mengajar antara 11 tahun hingga 15 tahun (15.0%). Hanya seorang responden yang mempunyai
pengalaman mengajar dalam lingkungan 16 tahun hingga 20 tahun.
Amalan 3R
Secara keseluruhannya, peratusan kekerapan yang diperolehi bagi amalan 3R berada di bawah
lingkungan 50.0%. Bagi skala “Kerap”, dua amalan yang mempunyai peratusan tertinggi ialah
berhemat dalam penggunaan alat tulis iaitu 47.5% semasa di rumah dan 37.5% semasa di sekolah
diikuti oleh amalan penggunaan kertas terpakai semasa mencetak dokumen tidak formal iaitu
35.0% semasa di rumah dan 42.5% semasa di sekolah. Amalan yang mempunyai peratusan
paling rendah pula ialah pengasingan dan penggunaan tong kitar semula dengan betul iaitu
17.5% semasa di rumah dan 22.5% semasa di sekolah.
Bagi skala “Sangat kerap” pula, amalan membeli makanan mengikut keperluan dan tidak
membazir mempunyai peratusan tertinggi yang sama bagi kedua-dua lokasi, sama ada rumah
atau sekolah iaitu 42.5%. Amalan mengamalkan konsep “Fikir dulu sebelum buang” dengan
peratusan yang sama di kedua-dua lokasi, sama ada di rumah mahupun di sekolah iaitu 40.0%.
Amalan yang mempunyai peratusan terendah pula ialah pengasingan dan penggunaan tong kitar
semula dengan betul iaitu 12.5% semasa di rumah dan 10.0% semasa di sekolah.
Jadual 2. Amalan 3R
Perkara Lokasi
Sangat
tidak kerap
Tidak
kerap
Sederhana Kerap Sangat kerap
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%)
Berhemat dalam
penggunaan alat tulis
Rumah 1 (2.5) 2 (5.0) 9 (22.5) 19 (47.5) 9 (22.5)
Sekolah 1 (2.5) 1 (2.5) 9 (22.5) 15 (37.5) 14 (35.0)
Membuat cetakan
sekiranya perlu
sahaja
Rumah 1 (2.5) 4 (10.0) 9 (22.5) 12 (30.0) 14 (35.0)
Sekolah 1 (2.5) 1 (2.5) 3 (7.5) 13 (32.5) 22 (55.0)
Membuat cetakan
untuk kedua-dua
mukasurat bagi
dokumen formal
Rumah 5 (12.5) 7 (17.5) 7 (17.5) 11 (27.5) 10 (25.0)
Sekolah 6 (15.0) 7 (17.5) 4 (10.0) 13 (32.5) 10 (25.0)
Guna semula kertas
terpakai semasa
mencetak dokumen
tidak formal
(salinan draf)
Rumah 5 (12.5) 5 (12.5) 7 (17.5) 14 (35.0) 9 (22.5)
Sekolah 1 (2.5) 6 (15.0) 6 (15.0) 17 (42.5) 10 (25.0)
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 21
Guna semula sampul
surat dan fail yang
telah digunakan
Rumah - - 4 (10.0) 14 (35) 10 (25.0) 12 (30.0)
Sekolah - - 4 (10.0) 11 (27.5) 12 (30.0) 13 (32.5)
Mengamalkan konsep
“Fikir Dulu Sebelum
Buang”
Rumah - - 2 (5.0) 8 (20.0) 14 (35.0) 16 (40.0)
Sekolah - - 2 (5.0) 6 (15.0) 16 (40.0) 16 (40.0)
Mengasingkan dan
menggunakan tong
kitar semula dengan
betul
Rumah 3 (7.5) 9 (22.5) 16 (40.0) 7 (17.5) 5 (12.5)
Sekolah 3 (7.5) 12 (30.0) 12 (30.0) 9 (22.5) 4 (10.0)
Membeli makanan
mengikut keperluan
dan tidak membazir
Rumah 1 (2.5) - - 8 (20.0) 14 (35.0) 17 (42.5)
Sekolah 2 (5.0) 1 (2.5) 6 (15.0) 14 (35.0) 17 (42.5)
Amalan 3R yang mempunyai peratusan paling rendah ialah pengasingan dan penggunaan
tong kitar semula dengan betul. Rata-rata prasekolah dan rumah guru tidak mempunyai tong kitar
semula yang mengasingkan sampah seperti kaca, botol plastik, tin aluminium dan kertas. Oleh
itu, sampah-sarap dibuang ke satu tempat yang sama tanpa diasingkan terlebih dahulu. Antara
faktor lain yang menyebabkan guru-guru prasekolah tidak mengasingkan sampah ialah kerana
tiada tindakan selanjutnya yang diambil ke atas sampah-sampah yang diasingkan,
memandangkan tiada pusat kitar semula yang berdekatan. Pengurusan sisa adalah mekanisme
yang digunakan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar, terutamanya sisa pepejal (Mahat
et al., 2016). Oleh itu, usaha untuk mengasingkan sampah ini perlu diberi lebih perhatian.
Amalan penggunaan produk mesra alam
Hasil kajian bagi amalan penggunaan produk mesra alam, peratusan kekerapan yang diperolehi
berada di bawah lingkungan 35.0%. Bagi skala “Kerap”, amalan yang mempunyai peratusan
tertinggi ialah mengamalkan konsep “Zero Polystyrene” iaitu 32.5% semasa di rumah dan 30.0%
semasa di sekolah. Amalan membawa makanan sendiri dan menggalakkan keluarga atau rakan
supaya tidak memilih produk yang merosakkan alam sekitar mempunyai peratusan yang sama
iaitu 25.0%, sama ada ketika berada di rumah mahupun sekolah. Amalan yang mempunyai
peratusan paling rendah pula ialah amalan konsep “Zero Plastic Bottle” iaitu 12.5% semasa di
rumah dan 22.5% semasa di sekolah.
Beralih ke skala “Sangat kerap”, amalan yang mempunyai peratusan tertinggi ialah
mengamalkan konsep “Zero Polystyrene” iaitu 25.0% semasa di rumah dan 25.0% semasa di
sekolah. Salah satu lagi amalan yang mempunyai peratusan tertinggi ialah membawa bekas
makanan sendiri dengan peratusan 17.5% semasa di rumah dan 25.0% semasa di sekolah.
Amalan penggunaan produk mesra alam yang mempunyai peratusan paling rendah pula ialah
amalan konsep “Zero Plastic Bottle” iaitu 10.0% semasa di rumah dan 7.5% semasa di sekolah
dan amalan meyakinkan ahli keluarga atau kawan supaya tidak membeli produk yang
merosakkan alam sekitar iaitu 10.0% semasa di rumah dan 7.5% semasa di sekolah.
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 22
Jadual 3. Amalan penggunaan produk mesra alam
Perkara Lokasi
Sangat tidak
kerap
Tidak
kerap
Sederhana Kerap Sangat
kerap
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%)
Mengamalkan konsep
“Zero Plastic Bottle”
Rumah 3 (7.5) 7 (17.5) 21 (52.5) 5 (12.5) 4 (10.0)
Sekolah 2 (5.0) 8 (20.0) 18 (45.0) 9 (22.5) 3 (7.5)
Mengamalkan konsep
“Zero Polystyrene”
Rumah 5 (12.5) 5 (12.5) 7 (17.5) 13 (32.5) 10 (25.0)
Sekolah 4 (10.0) 5 (12.5) 9 (22.5) 12 (30.0) 10 (25.0)
Membawa bekas
makanan sendiri ke
kantin
Rumah 6 (15.0) 7 (17.5) 10 (25.0) 10 (25.0) 7 (17.5)
Sekolah 4 (10.0) 7 (17.5) 9 (22.5) 10 (25.0) 10 (25.0)
Elak daripada
menggunakan
penyegar udara
Rumah 4 (10.0) 3 (7.5) 18 (45.0) 10 (25.0) 5 (12.5)
Sekolah 5 (12.5) 2 (5.0) 18 (45.0) 8 (20.0) 7 (17.5)
Meyakinkan ahli
keluarga atau rakan
supaya tidak memilih
produk yang
merosakkan alam
sekitar
Rumah 1 (2.5) 7 (17.5) 18 (45.0) 10 (25.0) 4 (10.0)
Sekolah 1 (2.5) 8 (20.0) 18 (45.0) 10 (25.0) 3 (7.5)
Amalan yang mempunyai peratusan yang paling rendah ialah amalan konsep “Zero Plastic
Bottle” kerana ianya paling kurang diamalkan. Terdapat banyak sekolah-sekolah di kawasan luar
bandar atau pedalaman mempunyai masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk tujuan
memasak dan air minuman. Bagi guru yang menetap di kawasan sekolah, majoriti guru-guru
akan membeli bekalan air minuman dalam jumlah yang banyak. Hal ini dilihat sebagai salah satu
faktor mengapa guru-guru prasekolah di daerah Kanowit kurang mengamalkan amalan konsep
“Zero Plastic Bottle”. Walaupun begitu, sekiranya botol plastik yang telah digunakan dapat
diuruskan dengan baik oleh guru, ini dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran alam
sekitar kerana guru mempunyai peranan penting dalam mengaplikasikan pengetahuan yang
mendatangkan kesan yang positif (Torquati et al., 2016).
Amalan penggunaan tenaga
Secara keseluruhannya, peratusan kekerapan yang diperolehi bagi amalan pengunaan tenaga
berada di bawah lingkungan 50.0%. Untuk skala “Kerap”, amalan yang mempunyai peratusan
tertinggi ialah menggunakan tangga untuk ke aras lain iaitu 37.5% semasa di rumah dan 35.0%
semasa di sekolah, manakala amalan hanya membeli alat elektrik yang jimat tenaga iaitu 35.0%
bagi kedua-dua lokasi di rumah dan di sekolah. Amalan yang mempunyai peratusan paling
rendah pula ialah amalan menggunakan lif untuk ke aras lain iaitu 15.0% semasa di rumah dan
15.0% semasa di sekolah.
Bagi skala “Sangat kerap” pula, amalan bergiat aktif dalam mengurangkan penggunaan
tenaga mempunyai peratusan tertinggi yang sama bagi kedua-dua lokasi, sama ada rumah atau
sekolah iaitu 50.0% diikuti amalan penjimatan tenaga elektrik dengan peratusan kedua-dua
lokasi 40.0% semasa berada di rumah dan 42.5% semasa berada di sekolah. Amalan yang
mempunyai peratusan terendah pula ialah tidak menggunakan alat elektrik jimat tenaga iaitu
2.5% semasa di rumah dan 2.5% semasa di sekolah.
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 23
Jadual 4. Amalan penggunaan tenaga
Amalan kelestarian bagi penggunaan tenaga yang mempunyai peratusan paling rendah bagi
skala “Kerap” ialah amalan menggunakan lif untuk ke aras lain, memandangkan bangunan hanya
menyediakan kemudahan tangga. Bagi skala “Sangat kerap”, amalan yang mempunyai peratusan
terendah pula ialah tidak menggunakan alat elektrik jimat tenaga. Kebanyakan guru-guru
memilih untuk menggunakan alat elektrik yang membantu penjimatan tenaga elektrik. Dalam
kajian (Aarnio-Linnanvuori, 2019) membincangkan bahawa setiap amalan seharian yang dipilih
adalah penting kerana jika ramai orang melakukan amalan yang sama, ianya menghasilkan
impak yang besar seperti amalan guru yang menggunakan kemudahan tangga dan alat elektrik
jimat tenaga.
Amalan penjimatan air
Amalan penjimatan air menunjukkan peratusan kekerapan yang diperolehi bagi amalan
penjimatan air secara keseluruhan berada di bawah lingkungan 50.0%. Untuk skala “Kerap”,
amalan yang mempunyai peratusan tertinggi ialah menghadkan masa mandian iaitu 30% semasa
di rumah dan 30.0% semasa di sekolah kemudian diikuti oleh amalan menggunakan “flush” jika
perlu iaitu 25.0% bagi kedua-dua lokasi, sama ada di rumah mahupun di sekolah. Amalan yang
Perkara Lokasi
Sangat tidak
kerap
Tidak
kerap
Sederhana Kerap Sangat
kerap
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%)
Mengamalkan
penjimatan tenaga
elektrik
Rumah - - 1 (2.5) 9 (22.5) 14 (35.0) 16 (40.0)
Sekolah - - 1 (2.5) 12 (30.0) 10 (25.0) 17 (42.5)
Menggunakan tangga
untuk ke aras lain
Rumah 5 (12.5) 1 (2.5) 5 (12.5) 15 (37.5) 14 (35.0)
Sekolah 6 (15.0) 2 (5.0) 4 (10.0) 14 (35.0) 14 (35.0)
Menggunakan lif
untuk ke aras lain
Rumah 21 (52.5) 5 (12.5) 5 (12.5) 6 (15.0) 3 (7.5)
Sekolah 21 (52.5) 5 (12.5) 5 (12.5) 6 (15.0) 3 (7.5)
Menggunakan “Sleep
Mode” bagi komputer
peribadi
Rumah 5 (12.5) 7 (17.5) 8 (20.0) 10 (25.0) 10 (25.0)
Sekolah 4 (10.0) 7 (17.5) 9 (22.5) 11 (27.5) 9 (22.5)
Hanya membeli alat
elektrik jimat tenaga
Rumah 1 (2.5) 4 (1.00) 12 (30.0) 14 (35.0) 9 (22.5)
Sekolah 1 (2.5) 3 (7.5) 13 (32.5) 14 (35.0) 9 (22.5)
Tidak menggunakan
alat elektrik jimat
tenaga
Rumah 8 (20.0) 7 (17.5) 15 (37.5) 9 (22.5) 1 (2.5)
Sekolah 7 (17.5) 8 (20.0) 14 (35.0) 10 (25.0) 1 (2.5)
Tidak menggunakan
penghawa dingin
Rumah 9 (22.5) 6 (15.0) 8 (20.0) 7 (17.5) 10 (25.0)
Sekolah 8 (20.0) 7 (17.5) 5 (12.5) 5 (12.5) 15 (37.5)
Bergiat aktif dalam
mengurangkan
penggunaan tenaga
(memadamkan lampu,
menggunakan
perkakasan pemanasan
atau penyejukan
kediaman/sekolah
dengan lebih efisien
Rumah 1 (2.5) 3 (7.5) 4 (10.0) 12 (30.0) 20 (50.0)
Sekolah 1 (2.5) 3 (7.5) 4 (10.0) 12 (30.0) 20 (50.0)
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 24
mempunyai peratusan paling rendah pula ialah amalan menggunakan air tadahan hujan iaitu
7.5% semasa di rumah dan 5.0% semasa di sekolah.
Merujuk kepada skala “Sangat kerap” pula, amalan menutup paip ketika memberus gigi dan
lain-lain mempunyai peratusan tertinggi iaitu 50.0% ketika di rumah dan 47.5% ketika berada di
sekolah. Seterusnya, diikuti oleh amalan menggunakan “flush” jika perlu dengan peratusan yang
sama iaitu 30.0% semasa berada di rumah dan di sekolah. Amalan yang mempunyai peratusan
terendah pula ialah amalan menggunakan semula air terpakai iaitu 5.0% semasa di rumah dan
7.5% semasa di sekolah.
Jadual 5. Amalan penjimatan air
Perkara Lokasi
Sangat tidak
kerap
Tidak
kerap
Sederhana Kerap Sangat
kerap
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%)
Guna semula air
terpakai
Rumah 12 (30.0) 13 (32.5) 8 (20.0) 5 (12.5) 2 (5.0)
Sekolah 13 (32.5) 10 (25) 10 (25.0) 4 (10.0) 3 (7.5)
Menggunakan
“flush” jika perlu
Rumah 5 (12.5) 3 (7.5) 10 (25.0) 10 (25.0) 12 (30.0)
Sekolah 5 (12.5) 3 (7.5) 10 (25.0) 10 (25.0) 12 (30.0)
Menghadkan jangka
masa mandian
Rumah 8 (20.0) 3 (7.5) 14 (35) 12 (30.0) 3 (7.5)
Sekolah 7 (17.5) 5 (12.5) 13 (32.5) 12 (30.0) 3 (7.5)
Menggunakan air
tadahan hujan
Rumah 9 (22.5) 17 (42.5) 8 (20.0) 3 (7.5) 3 (7.5)
Sekolah 10 (25) 12 (30.0) 7 (17.5) 2 (5.0) 9 (22.5)
Menutup paip
ketika memberus
gigi, mencuci muka
dan lain-lain
Rumah - - 5 (12.5) 6 (15.0) 9 (22.5) 20 (50.0)
Sekolah 1 (2.5) 5 (12.5) 8 (20.0) 7 (17.5) 19 (47.5)
Membuat kiraan
penggunaan air
setiap minggu
Rumah 18 (45.0) 8 (20.0) 6 (15.0) 5 (12.5) 3 (7.5)
Sekolah 19 (47.5) 10 (25.0) 4 (10.0) 4 (10.0) 3 (7.5)
Amalan kelestarian penggunaan air yang menunjukkkan peratusan paling rendah bagi skala
“Kerap” ialah amalan menggunakan air tadahan hujan. Walaupun terdapat tangki tadahan air
hujan di kawasan pedalaman, guru-guru tidak dapat bergantung sepenuhnya dengan air tadahan
hujan kerana bekalan air ini bergantung kepada cuaca. Sekiranya tiada hujan turun, guru terpaksa
menggunakan air sungai. Menurut Yalcin et al. (2016), guru perlu mengambil kira faktor seperti
keadaan geografi dan iklim untuk mendidik anak murid tentang penjagaan alam sekitar. Keadaan
geografi dan iklim yang berbeza mempengaruhi amalan kelestarian alam sekitar penduduk
setempat. Bagi skala “Sangat kerap” pula amalan yang mempunyai peratusan terendah pula ialah
amalan menggunakan semula air terpakai. Antara faktor yang menyumbang kepada peratusan
rendah untuk amalan penggunaan semula air terpakai ialah rata-rata guru memilih untuk
menggunakan air tadahan hujan dan air sungai sekiranya tidak terdapat bekalan air yang bersih.
Amalan kemudahan pengangkutan
Secara keseluruhannya, peratusan kekerapan yang diperolehi bagi amalan kemudahan
pengangkutan berada di bawah lingkungan 15.0%. Untuk skala “Kerap”, amalan yang
mempunyai peratusan tertinggi ialah berpakat dengan rakan untuk berkongsi kenderaan iaitu
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 25
15.0% semasa di rumah dan 12.5% semasa di sekolah. Kemudian, diikuti oleh amalan berbasikal
atau berjalan kaki bagi mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor iaitu 10.0% bagi kedua-
dua lokasi, sama ada di rumah atau di sekolah. Amalan yang mempunyai peratusan paling rendah
pula ialah amalan menyertai program berkaitan pembangunan isu-isu alam sekitar iaitu 2.5%
semasa di rumah dan 2.5% semasa di sekolah.
Seterusnya untuk skala “Sangat kerap” pula, amalan berpakat dengan rakan untuk berkongsi
kenderaan mempunyai peratusan tertinggi iaitu 12.5% semasa di rumah dan 15% semasa di
sekolah. Seterusnya, diikuti oleh amalan kurang memandu untuk menjimatkan tenaga iaitu 7.5%
semasa di rumah dan 15.0% semasa di sekolah. Amalan yang mempunyai peratusan terendah
pula ialah amalan ialah amalan menyertai program berkaitan isu pembangunan alam sekitar iaitu
tiada langsung penyertaan.
Jadual 6. Amalan kemudahan pengangkutan
Perkara Lokasi
Sangat tidak
kerap
Tidak
kerap Sederhana Kerap
Sangat
kerap
K (%) K (%) K (%) K (%) K (%)
Kurang memandu kereta
untuk menjimatkan tenaga
Rumah 8 (20.0) 9 (22.5) 18 (45.0) 2 (5.0) 3 (7.5)
Sekolah 10 (25.0) 7 (17.5) 16 (40.0) 1 (2.5) 6 (15.0)
Berbasikal atau berjalan
kaki bagi mengurangkan
penggunaan kenderaan
bermotor
Rumah 13 (32.5) 11 (27.5) 11 (27.5) 4 (10.0) 1 (2.5)
Sekolah 13 (32.5) 8 (20.0) 9 (22.5) 4 (10.0) 6 (15.0)
Menyertai program
berkaitan pembangunan
isu-isu alam sekitar
(bengkel, seminar dan
sebagainya)
Rumah 9 (22.5) 22 (55.0) 8 (20.0) 1 (2.5) - -
Sekolah 8 (20.0) 21 (52.5) 10 (25.0) 1 (2.5) - -
Berpakat dengan rakan
untuk berkongsi kenderaan
Rumah 5 (12.5) 14 (35.0) 10 (25.0) 6 (15.0) 5 (12.5)
Sekolah 5 (12.5) 14 (35.0) 10 (25.0) 5 (12.5) 6 (15.-)
Tidak mengendahkan
amalan kelestarian kerana
amalan tersebut tidak
berfaedah
Rumah 6 (15.0) 11 (27.5) 19 (47.5) 3 (7.5) 1 (2.5)
Sekolah 7 (17.5) 10 (25.0) 18 (45.0) 4 (10.0) 1 (2.5)
Amalan kelestarian kemudahan pengangkutan yang mempunyai peratusan paling rendah
ialah amalan menyertai program berkaitan pembangunan isu-isu alam sekitar. Hal ini
menunjukkan bahawa guru-guru kurang menyertai program berkaitan dengan pembangunan isu-
isu alam sekitar. Rahman et al. (2018) menyatakan bahawa kekurangan buku panduan dan kursus
yang berkaitan dengan pendidikan alam sekitar dalam kalangan guru telah menyebabkan guru-
guru mempunyai pengetahuan yang kurang. Hal ini menyebabkan guru tidak mampu
mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran mereka. Antara faktor yang menjadi
penyumbang kepada peratusan yang rendah bagi amalan ini ialah kebanyakan program
pembangunan isu-isu alam sekitar dilaksanakan di kawasan bandar. Guru-guru yang menetap di
kawasan luar bandar dan pedalaman perlu menempuh perjalanan yang jauh dan memerlukan kos
yang tinggi untuk tujuan tersebut.
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 26
Perbandingan amalan kelestarian alam sekitar guru semasa di rumah dan di sekolah
Merujuk kepada skala “Kerap”, amalan 3R mempunyai purata peratusan kekerapan 31.6%
semasa di rumah dan 34.1% semasa di sekolah. Amalan penggunaan produk mesra alam pula
menunjukkan purata peratusan kekerapan 24.0% semasa di rumah dan 24.5% semasa di sekolah.
Seterusnya, amalan penggunaan tenaga mempunyai purata peratusan kekerapan 27.2% semasa di
rumah dan 25.6% semasa di sekolah. Purata peratusan kekerapan bagi amalan penjimatan air
pula menunjukkan 19.3% semasa di rumah dan 17.5% semasa di sekolah. Bagi amalan
kelestarian kemudahan pengangkutan, purata peratusan kekerapan di rumah ialah 8.0% dan di
sekolah ialah 7.5%.
Rajah 1. Perbandingan amalan kelestarian alam sekitar guru di rumah dan di sekolah bagi skala “Kerap”
Berdasarkan Rajah 1, dapat dilihat tiada perbezaan yang ketara antara amalan kelestarian
guru prasekolah semasa di rumah dan semasa di sekolah bagi skala “Kerap”. Amalan kelestarian
yang mempunyai perbezaan peratusan tertinggi ialah bagi amalan 3R iaitu sebanyak 2.5%.
Seterusnya diikuti oleh amalan penjimatan air sebanyak 1.8% dan amalan penggunaan tenaga
sebanyak 1.6%. Amalan kelestarian alam sekitar yang menunjukkan perbezaan peratusan
terendah ialah amalan kemudahan pengangkutan sebanyak 0.5% dan amalan penggunaan produk
mesra alam sebanyak 0.5%.
Bagi skala “Sangat kerap” pula, purata peratusan kekerapan bagi amalan 3R ialah 28.8% di
rumah dan 33.1% di sekolah. Amalan penggunaan produk mesra alam menunjukkan purata
peratusan kekerapan 15% semasa di rumah dan 16.5% semasa di sekolah. Selain itu, amalan
penggunaan tenaga mempunyai purata peratusan kekerapan 25.9% semasa di rumah dan 27.5%
di sekolah. Purata peratusan kekerapan bagi amalan penjimatan air pula menunjukkan 20.7%
semasa di rumah dan 22.1% di sekolah. Amalan kemudahan pengangkutan menunjukkan hanya
6.3 % di rumah dan 11.9% di sekolah bagi purata peratusan kekerapan amalan kelestarian alam
sekitar.
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 27
Rajah 2. Perbandingan amalan kelestarian alam sekitar guru di rumah dan di sekolah bagi skala “Sangat kerap”
Merujuk kepada Rajah 2, perbezaan yang dikesan juga tidak ketara antara amalan
kelestarian guru prasekolah semasa di rumah dan semasa di sekolah bagi skala “Sangat kerap”.
Amalan yang mempunyai perbezaan peratusan tertinggi ialah bagi amalan kemudahan
pengangkutan iaitu sebanyak 5.6%. Seterusnya diikuti oleh amalan 3R sebanyak 4.3% dan
amalan penggunaan tenaga sebanyak 1.6%. Amalan kelestarian alam sekitar yang menunjukkan
perbezaan peratusan terendah ialah amalan penggunaan produk mesra alam sebanyak 1.5% dan
amalan penjimatan air sebanyak 1.4%.
Secara keseluruhannya, perbandingan purata peratusan kekerapan amalan kelestarian guru
prasekolah semasa di rumah dan semasa di sekolah mempunyai nilai yang rendah iaitu kurang
daripada 6%. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, data menunjukkan bahawa cuma terdapat
perbezaan yang amat kecil antara amalan kelestarian alam sekitar yang dilaksanakan oleh guru
prasekolah di rumah dengan amalan kelestarian alam sekitar yang dilaksanakan oleh guru
prasekolah di sekolah. Sekiranya di rumah, guru prasekolah tersebut menitikberatkan tentang
amalan kelestarian 3R, begitulah juga amalan yang dilaksanakan di sekolah. Rumah merupakan
tempat membentuk nilai, sikap dan kelakuan seseorang. Jika terdapat amalan kelestarian alam
sekitar yang dilaksanakan dengan konsisten di rumah, amalan ini turut dipraktikkan di tempat
lain seperti tempat kerja. Apabila murid membuat pemerhatian ke atas amalan kelestarian guru,
hal ini akan merangsang murid melakukan perkara yang sama. Hasil pembelajaran adalah kod
tingkah laku visual dan verbal yang diwujudkan dalam tingkah laku seharian menurut Teori
Pembelajaran Sosial Bandura (Laila, 2015).
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 28
Implikasi kajian
Pelaksanaan kajian terhadap tahap amalan kelestarian guru prasekolah boleh mewujudkan
manfaat kepada guru-guru prasekolah dalam meningkatkan kesedaran amalan kelestarian alam
sekitar. Senarai amalan kelestarian yang terdiri daripada lima kategori utama seperti yang tertera
dalam borang soal selidik boleh dijadikan panduan untuk guru prasekolah menyemak amalan
kelestarian alam sekitar yang masih perlu dipertingkatkan. Hasil dapatan kajian juga boleh
dijadikan salah satu bukti perlunya mewujudkan buku panduan amalan kelestarian alam sekitar
yang komprehensif untuk guru-guru prasekolah seperti yang dijelaskan dalam kajian Hanurawan
dan Soetjipto (2018). Buku panduan amalan guru perlu mempunyai perspektif yang jelas,
terutamanya tentang prinsip-prinsip, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan
selain daripada dibina berdasarkan konsep amalan (Kurniawan & Masjudin, 2018). Panduan
yang disediakan perlu teratur, sistematik, pelbagai, dan kaya dengan sumber maklumat. Melalui
buku panduan yang mengutamakan amalan kelestarian alam sekitar sebagai rutin dalam
kehidupan seharian, memudahkan guru prasekolah memahami peranan mereka dan
melaksanakan penambaikan di sekolah masing-masing. Pelaburan yang dilaksanakan untuk
peringkat kanak-kanak adalah suatu pelaburan yang terbaik untuk menyokong pembangunan
kelestarian pada masa kini, malah untuk masa hadapan (Heckman et al., 2006).
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, peratusan kekerapan yang diperolehi bagi amalan 3R, amalan
penggunaan tenaga dan amalan penjimatan air berada di bawah lingkungan 50.0%. Bagi amalan
penggunaan produk mesra alam pula di bawah lingkungan 35.0% serta amalan yang mempunyai
peratusan kekerapan keseluruhan yang paling rendah ialah amalan kemudahan pengangkutan,
hanya berada di bawah lingkungan 15.0%. Ini menunjukkan amalan kelestarian alam sekitar guru
prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di daerah Kanowit, Sarawak masih rendah dan
belum mencapai tahap yang memuaskan. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, data
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang rendah antara amalan kelestarian alam sekitar
yang dilaksanakan guru prasekolah semasa di rumah dan di sekolah.
Oleh itu, menjadi tugas guru prasekolah untuk mewujudkan amalan kelestarian alam sekitar
yang bersesuaian di kelas prasekolah supaya murid-murid prasekolah peka dan mampu
mengamalkan pelbagai amalan kelestarian alam sekitar sedari usia muda. Bagi menjaga
kelestarian alam sekitar, khususnya di negara Malaysia memerlukan usaha yang lebih proaktif
daripada semua pihak termasuklah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya guru,
bahagian pembangunan kurikulum, ibu bapa dan warga masyarakat. Usaha melestarikan alam
sekitar melalui pendidikan memerlukan lebih penekanan kepada tindakan dan amalan yang
dilaksanakan secara konsisten dan berterusan. Nilai kelestarian alam sekitar, sebaiknya bermula
dari rumah dan menjadi gaya hidup seharian, sama ada di tempat kerja atau di mana-mana
sahaja.
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 29
Rujukan
Aarnio-Linnanvuori, E. (2019). How do teachers perceive environmental responsibility?
Environmental Education Research, 25(1), 46-61.
Ahmad, M.Z., & Razak, N.A. (2007). Pendidikan alam sekitar di sekolah: Komitmen guru.
Pendidikan Lestari, 7(2), 74-81.
Ashmann, S., & Franzen, R.L. (2017). In what ways are teacher candidates being prepared to
teach about the environment? A case study from Wisconsin. Environmental Education
Research, 23(3), 299-323.
Borg, F., Winberg, M., & Vinterek, M. (2017). Children’s learning for a sustainable society:
Influences from home and preschool. Education Inquiry, 8(2), 151-172.
Buchanan, J., Pressick-Kilborn, K., & Maher, D. (2019). Promoting environmental education for
primary school-aged students using digital technologies. Eurasia Journal of Mathematics,
Science and Technology Education, 15(2), 1-15.
Hanurawan, F., & Soetjipto, B.E. (2018). Pengembangan buku panduan guru untuk pembelajaran
PKn SD/MI melalui berbagai Model Cooperative Learning. Jurnal Sains Psikologi, 1(2), 1-
14.
Heckman, J., Cunha, F., Lochner, I., & Masterov, D.V. (2006). Interpreting the evidence on
lifecycle skill formation. In: Hanushek E, Welch F, eds. Handbook of the Economics of
Education. Amsterdam: North Holland.
Kalsoom, Q., & Khanam, A. (2017). Inquiry into sustainability issues by preservice teachers: A
pedagogy to enhance sustainability consciousness. Journal of Cleaner Production, 164,
1301-1311.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2017.
Putrajaya, Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kurniawan, A., & Masjudin, M. (2018). Pengembangan buku ajar microteaching berbasis praktik
untuk meningkatkan keterampilan mengajar calon guru. Prosiding Seminar Nasional
Pendidik dan Pengembang Pendidikan Indonesia (pp. 9-16).
Laila, Q. N. (2015). Pemikiran Pendidikan Moral Albert Bandura. Modeling: Jurnal Program
Studi PGMI, 2(1), 21-36.
Mahat, H., Ahmad, S., Ngah, M.S.Y.C., & Ali, N. (2014). Pendidikan pembangunan lestari-
hubungan kesedaran antara ibu bapa dengan pelajar. Geografia: Malaysian Journal of
Society and Space, 10(5), 71-84.
Mahat, H., Mohamad, S. Y., & Ngah, C. 2016. 3R Practices among MOE preschool pupils
through the environmental education curriculum. In. SHS Web of Conferences, 23. EDP
Sciences.
Maheshwari, A. (2005). Professional commitment of teachers. Delhi, Gagandeep Pub.
Major, L., Namestovski, Ž., Horák, R., Bagány, Á., & Krekić, V.P. (2017). Teach it to sustain it!
Environmental attitudes of Hungarian teacher training students in Serbia. Journal of Cleaner
Production, 154, 255-268.
Mukaddes, M., & Agnello, M.F. (2009). Sustainability/GREEN: Challenges and changes for
educators and the engineering curriculum. American Society for Engineering Education
(ASEE) Annual Conference and Exposition Proceedings 2009.
NAAEE. (2010). Using environment-based education to advance learning skills and character
development. Retrieved from http://www.neefusa.org.
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 2 (15-30)
© 2019, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-02 30
Rahman, N.A., Halim, L., Ahmad, A.R., & Soh, T.M.T. (2018). Challenges of Environmental
Education: Inculcating behavioural changes among indigenous students. Creative Education,
9(1), 43-51.
Torquati, J., Cutler, K., Gilkerson, D., & Sarver, S. (2013). Early childhood educators'
perceptions of nature, science, and environmental education. Early Education &
Development, 24(5), 721-743.
UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization). (2010). Teaching
and learning for a sustainable future. Retrieved from http://www.unesco.org.
Wamsler, C., Brossmann, J., Hendersson, H., Kristjansdottir, R., McDonald, C., & Scarampi, P.
(2018). Mindfulness in sustainability science, practice, and teaching. Sustainability Science,
13(1), 143-162.
Yalcin, F.A., Yalcin, M., Bozan, S., & Gecikli, E. (2016). Preschool teachers’ views of
Environmental Education. Bayburt Eğitim Fakültesi Dergisi, 11(2). 633-642.
Yusof, M.M., Muda, A., Abdullah, A.M., Samah, B.A., Basri, R., & Rashid, N.A. (2013).
Faktor-faktor yang mempengaruhi efikasi-kendiri guru sekolah. Malaysian Journal of
Environmental Management, 12(2), 91-111.